Monday, November 3, 2014

November Story


 Alhamdulillah, aku mula hidup baru. Mula pekerjaan baru di tempat yang baru.
Memang xsangka, memang xterduga,, rezeki ini amatlah bermakna utk insan yang baru bermula mencari rezeki untuk melunaskan tanggungjawab seharian... Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, memberikan aku peluang dan waktu, untuk bekerja hari ini.

Daripada pengalaman sambung belajar di Zaman Universiti dulu, niat aku nak belajar ilmu tu, dan berharap agar dapat buat yang terbaik. yes, belajar xde la dengan result yang gempak sangat, tapi syukur diberi rezeki seperti itu. 2011-2015,, macam-macam perkara aku lalui. Alam awal 20an ni, sememangnya mencabar, hati dan perasaan.. So, kuatkanlah semangat,,kukuhkanlah iman dihati tu <3 Kita mula belajar daripada bawah, dan bukan semata-mata duduk dalam kelas dan dapat absorb semua ilmu tu. Kita pun kena keluar dan beranikan diri untuk berhadapan dengan orang lain. Banyakkan membaca dan topup ilmu2 yang mungkin dianggap remeh, tapi bermanfaat untuk diri sendiri. Janji tahu daripada buat xtahu je, nak tanya kat orang sebelah? Erm,, berani ke? :D